Sandiwara Parti Pembangkang Berselindung BERSIH 5



Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perhimpunan BERSIH 5 hanyalah sandiwara parti pembangkang yang berselindung sebagai NGO non-partisan untuk menentang kerajaan yang dipilih rakyat.

Perdana Menteri kata, ianya sudah terang lagi bersuluh bahawa perjuangan perhimpunan kali kelima ini, mereka menjunjung pemimpin pembangkang yang sudah didakwa melakukan rasuah, padahal mereka kata mahu memerangi rasuah.

Bersih Tiga Point KosongNajib berkata demikian dalam satu kenyataan di laman rasmi beliau Najib Razak.com hari ini menjelang perhimpunan haram BERSIH 5 di ibu negara esok.

Menurutnya, dalam sebuah negara demokrasi, parti yang memenangi pilihanraya diberikan masa satu penggal untuk berkhidmat kepada rakyat dan membangunkan negara.

Manakala parti yang kalah perlu menerima kenyataan dan memberi laluan kepada parti yang menang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Sebagai pembangkang mereka berhak mengkritik menggunakan saluran yang betul.najib ekonomi

“Namun di Malaysia, keadaan berbeza. Parti pembangkang di negara ini mempergunakan sebuah NGO yang kononnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan memerangi rasuah, untuk menekan Kerajaan melalui perhimpunan,” ujar beliau.

Katanya, Semua sedia maklum, NGO ini adalah boneka pembangkang.

“Daripada perhimpunan kedua hinggalah kelima, pemimpin pembangkang yang mengetuai rusuhan-rusuhan ini.

“Pada perhimpunan kedua, mereka mengganas di Kuala Lumpur hingga menterbalikkan kereta polis.

Perhimpunan ketiga pula, mereka mendengar arahan ketuanya merempuh halangan polis sehingga menimbulkan kekecohan.

Pada edisi keempat pula, mereka bersorak untuk menjatuhkan parti pemerintah, tetapi memanggil diri mereka non-partisan,” katanya Najib.

Akhir sekali tegas Perdana Menteri, pada perhimpunan kali kelima ini pula, mereka menjunjung pemimpin pembangkang yang sudah didakwa melakukan rasuah, padahal mereka kata mahu memerangi rasuah.

“Tidakkah sudah terang lagi bersuluh, bahawa perjuangan mereka adalah palsu dan perhimpunan ini hanyalah gerakan parti pembangkang yang berselindung sebagai NGO non-partisan untuk menentang Kerajaan yang dipilih rakyat?.” Soalnya.

Menurut Najib, majoriti rakyat sudah lali akan taktik pembangkang ini. - bnbcc

1 comment:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA