Rumah Dipecah Masuk, Lelaki Alami Kerugian RM6,600

gambar hiasan

LIMBANG: Seorang lelaki mengalami kerugian RM6,600 selepas pelbagai barangan berharga miliknya dikebas pencuri dalam kecurian berlaku kediamannya di Kampung Patiambun di sini malam Khamis lalu.

Kejadian itu disedari mangsa sekitar jam 9.30 malam sebaik mendapati pintu depan dan belakang rumahnya tidak berkunci selain terdapat kesan umpil pada tingkap besi bahagian dapur.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata hasil pemeriksaan mendapati pelbagai barangan berharga termasuk barang kemas hilang dilarikan pencuri.

“Antara barang hilang termasuk lima bentuk cincin emas, seutas gelang tangan emas, tiga utas rantai emas serta barang lain.

“Akibat kecurian itu mangsa mengalami kerugian berjumlah RM6,600,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, mangsa tampil membuat laporan polis jam 10 pagi Jumaat lalu dan ketika kejadian mangsa tiada di rumah.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA