Rooney Sumbang Jersi Kemenangan Kepada Pesakit Kanser Tulang



KAPTEN skuad kebangsaan England, Wayne Rooney menunjukkan sokongannya kepada seorang pesakit lelaki berusia lapan tahun dengan menyumbangkan jersi kemenangannya ketika menentang Scotland, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 itu, England menundukkan Scotland dengan 3-0.

Kasabian Newton-Smith yang berasal dari Sheffield, England didiagnosis dengan satu penyakit kanser tulang.

Menerusi satu kempen di media sosial bagi memberikan sedikit 'satu senyuman terakhir' buat Kasabian, pemain England dan Manchester United itu menghantar satu baju yang siap ditandatanganinya.

Baju milik Rooney itu turut tertera mesej 'terus berjuang'.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun twitter Grassroots, Rooney berkata: "Saya hanya mahu mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Saya berharap anda okay.

"Saya mahu mengatakan betapa bangganya saya bersama pemain-pemain England yang lain terhadap anda, dan keberanian yang anda tunjukkan.

"Saya menyimpan baju yang dipakai ketika menentang Scotland, Jumaat malam (awal pagi waktu Malaysia). Baju itu akan dihantar kepada anda.

"Saya berharap anda menyukainya, dan berharap juga ia akan membuatkan anda tersenyum," ujar Rooney. - Mail Online

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA