Rob Kardashian Dapat RM4.41juta Rakam Kelahian Anak



Los Angeles: Personaliti rancangan realiti televisyen, Rob Kardashian dan model, Blac Chyna dilaporkan memperoleh AS$1 juta (RM4.41 juta) menerusi rakaman kelahiran bayi perempuan mereka, Dream Kardashian.

Pasangan itu, yang menyambut kelahiran bayi perempuan mereka seminggu lalu, membenarkan kamera merakam kelahiran anak mereka di bilik bersalin untuk saluran khas rancangan E!' selama sejam.

"Chyna memperoleh bonus lumayan bernilai AS$1 juta. Kelahiran istimewa itu adalah episod tambahan untuk Rob dan Chyna dan beliau memperoleh bayaran tambahan," kata sumber kepada Radar Online.

Rancangan khas selama sejam bertajuk Rob & Chyna Baby Special akan disiarkan 18 Disember ini, memaparkan hari akhir pasangan itu sebelum kelahiran dan ketika Dream dilahirkan. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA