RM5.3 Bilion Pendapatan Negeri Tahun Depan


KUCHING: Pendapatan negeri untuk tahun depan dijangka berjumlah RM5.3 bilion dengan RM1.25 bilion disumbangkan pendapatan cukai manakala RM3.9 bilion sumbangan pendapatan bukan cukai, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Daripada RM1.25 bilion pendapatan cukai, beliau berkata, RM539 juta daripada royalti hutan dan premium, RM440 juta (cukai jualan) dan RM271 juta (royalti perlombongan dan air mentah), sewa tanah dan banyak lagi.

Pendapatan bukan cukai pula melibatkan pampasan tunai berjumlah RM1.57 bilion bagi hak minyak dan gas, RM755 juta (dividen pendapatan), RM1.01 bilion (pendapatan faedah), RM300 juta (premium tanah), RM120 (pampasan tunai duti eksais produk petroleum dan import.

Menurutnya, penerimaan bukan hasil berjumlah RM21 juta melibatkan kerosakan hutan dan pemusnahan asset.

“Untuk 2017, pendapatan negeri dijangka berjumlah RM5.321 bilion,” katanya menyampaikan Belanjawan Bagi Tahun 2017 Bersempena Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, RM5.7 bilion diperuntukkan untuk Perbelanjaan Luar Biasa tahun 2017.

“Daripada jumlah ini, RM2.206 bilion untuk perbelanjaan operasi dan RM3.5 bilion untuk ‘Statutory Funds’ untuk program pembangunan dan projek,” ujarnya.

Perbelanjaan RM2.2 bilion untuk operasi melibatkan RM735 juta atau 33 peratus (personal emoluments), RM749 juta (bekalan dan perkhidmatan), RM678 juta (geran dan bayaran pelbagai), RM34 juta (procurement of assets dan RM10 juta (perbelanjaan operasi lain).-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA