RM500, 000 Bina Bangunan Tambahan Masjid Darul Husni Warahmah


KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Patinggi Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Masjid Darul Husni Warrahmah Taman Hussein disini hari ini.

Sumbangan tersebut adalah daripada Yayasan Al Falah yang merupakan yayasan keluarga diterajui oleh adik Zahid.

"Saya akan menyalurkan wang sumbangan berkenaan kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof nanti untuk digunakan membina bangunan tambahan sepertimana yang dimaklumkan," katanya.

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis perasmian Masjid Darul Husni Warrahmah yang dikenali sebagai "Surau Hijau" satu ketika dahulu dan telahpun dinaiktaraf dengan kos sebanyak RM4.3 juta yang berkeluasan 1, 549 meter persegi boleh menampung seramai 1,200 jemaah berbanding sebelum ini  hanya  600 jemaah sahaja.

Struktur bangunan berkonsepkan senibina Islam moden mempunyai kemudahan seperti penyaman udara, bilik imam, dapur dan ruang yang luas selain boleh digunakan sebagai tempat menjalani aktiviti keagamaan serta kelas tuisyen.

Turut hadir Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Petrajaya Datuk Seri Fadillah Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazruddin Abdul.Rahman, Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Masyarakat Dr Abdul Rahman Ismail, serta bekas ADUN Tupong Datuk Daud Abdul Rahman -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA