Rizab antarabangsa BNM RM405.5 bilion setakat 31 Oktober

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM405.5 bilion (bersamaan AS$97.8 bilion) setakat 31 Oktober 2016 berbanding RM405.6 bilion (bersamaan AS$97.8 bilion) setakat 14 Oktober 2016. 

Menurut kenyataan BNM hari ini, paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek. 

Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing (AS$89.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion) dan Aset Rizab lain (AS$4.4 bilion). 

Aset bank pusat termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM405.541 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM1.643 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.167 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.782 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset lain (RM5.857 bilion).

 Liabiliti dan modal pula terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM123.21 bilion), mata wang dalam edaran (RM92.442 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM172.292 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM10.388 bilion), deposit lain (RM847.23 juta), Kertas Bank Negara (RM5.65 bilion), peruntukan SDR (RM7.759 bilion) dan liabiliti lain (RM11.415 bilion). - BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA