Remaja Maut Kemalangan Di Sibu


SIBU: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van di Jalan Awang Ramli Amit di sini, petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Abdul Fattah Hamdan, 20, dan berasal dari Kampung Tian, Matu disah meninggal dunia oleh pasukan paramedik pihak ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Sibu.

Tidak dapat dipastikan bagaimana kemalangan itu berlaku, namun sumber di tempat kejadian memberitahu kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 4.40 petang semalam.

Pihak ambulans dimaklum orang awam bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terbaring berhampiran motosikal di pembahagi jalan, cedera parah dan tidak sedarkan diri.

Sementara itu dalam kejadian yang berasingan, seorang lelaki dipercayai warga Korea Utara terbunuh selepas dipercayai terjatuh dari bangunan yang sedang dalam pembinaan di Dataran Sibu Fasa Dua sekitar jam 3 petang semalam.

Sehingga berita ini ditulis maklumat peribadi mangsa yang hanya dikenali sebagai ‘Mr. X’ gagal diperolehi daripada pihak berwajib dan mayat mangsa telah dihantar ke bilik mayat Hospital Sibu pada jam 5.20 petang.

Siasatan polis di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA