Remaja 16 Tahun Maut, Pertembungan Motosikal Dan Alza


KUCHING: Seorang remaja berusia 16 tahun maut manakala seorang lagi parah dalam pertembungan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Semariang sekitar jam 6.30 pagi tadi.

Mangsa yang merupakan pembonceng motosikal dikenali sebagai Mohammad Hasura Stalwie disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Alza tiba-tiba keluar dari simpang menyebabkan rakan mangsa yang merupakan penunggang gagal mengawal motosikal.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat sementara mangsa yang parah dikejarkan ke HUS untuk menerima rawatan selanjutnya.

Memetik laporan Utusan Borneo, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Alexson Naga semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA