Rebut Peluang Pembangunan Kawasan Tanah Gambut - Tun Taib

KOTA SAMARAHAN : Kawasan Tanah Gambut mempunyai pelbagai sumber untuk dibangunkan dan peluang tersebut perlu direbut agar kawasan pesisir terus membangun terutamanya dalam bidang pertanian atau perladangan.

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud berkata, untuk mempercepatkan pembangunan kawasan pesisir dan luar bandar, sumber yang boleh dihasilkan daripada tanah gambut perlu dilakukan dengan kajian khusus.

"Hampir 2 juta hektar negeri Sarawak diliputi kawasan tanah gambut tidak mendapat perhatian sebelum ini memandangkan tumpuan pembangunan lebih menjurus kepada kawasan bandar.

"Sejarah Sarawak telah membuktikan pembangunannya bermula daripada sebuah negeri yang berasaskan pertanian dan oleh itu pada masa ini pembangunan perlu diperluaskan ke kawasan pesisir yang menduduki kawasan tanah gambut kerana sumber yang terdapat pada tanah gambut mampu membangunkan kawasan," katanya ketika Majlis Perlancaran Kompleks Makmal Kajian Tanah Gambut Samarahan di sini pagi tadi.

Beliau berkata, kompleks makmal ini akan menjadi pusat kajian yang akan menjadikan kawasan tanah gambut sebagai sebuah kawasan yang mempunyai pelbagai sumber tanaman yang akan menjana ekonomi negeri dan negara khasnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA