Realiti Politik : Popular Di Alam Maya, Bukan Penentu Di Alam Sebenar


Pengguna laman mikro media Twitter di Amerika Syarikat rata-rata mengubah profil hitam pada akaun mereka sebagai menyatakan bantahan dan kekecewaan ke atas kemenangan mengejut calon Republikan, Donald Trump dalam pilihanraya presiden Amerika Syarikat.

Trump dan pencabarnya dari parti Demokrat, Hillary Clinton – sekalipun berkongsi pengaruh yang hampir sama di media sosial, tapi dari segi paling dahsyat kena kutuk, Trump adalah pemenang. Tak menghairankan keadaan ini, berikutan beberapa cadangan dasar yang kontroversi semasa kempen seperti membina tembok sepanjang sempadan Mexico, melarang kemasukan orang Islam ke negara itu dan sebagainya, yang agak sukar diterima rakyat Amerika.

Mungkin termasuk, ketidak cenderungan Trump terhadap perkahwinan sejenis di kalangan golongan LGBT.

Justeru, tidak hairan kenapa kemenangan Trump mencetus keadaan yang tidak tenteram – bukan sahaja di Amerika Syarikat, bahkan di tempat-tempat lain dalam dunia. Persepsi yang dibina di media sosial sepanjang kempen, memberikan gambaran Hillary yang akan menang, bukan Trump, Bila berlaku sebaliknya, banyak lidah yang beku dan ketidaktentuan pun berlaku.

Malah, sebaik kemenangan Trump disahkan, sudah ada penduduk negeri dalam Amerika Syarikat yang mahu negeri mereka keluar dari Amerika Syarikat dan menjadi sebuah negara merdeka – California sebagai contoh.

Sementara kita tidak menafikan pengaruh media sosial di kalangan rakyat, terutama di negara pelopor seperti Amerika Syarikat, tidak juga boleh dianggap populariti di media sosial itu akan memberi jaminan kemenangan dalam politik dan Trump telah membuktikannya semalam.

Lebih lagi di Malaysia dimana banyak elemen dalam media sosial digunakan bukan untuk tujuan kebaikan tapi sebaliknya untuk menyebar kebencian, berita palsu dan sebagainya, menjadikan rakyat tidak terlalu bergantung kepada medium ini untuk membuat pilihan pemenang sebenar dalam politik.

Bukan ganjil di negara ini, majoriti besar operatif Pakatan Harapan yang diketuai DAP dalam media sosial, menyebar pelbagai firman dan hadis pada sebelah pagi, kemudian menyebar berita palsu dan adu domba pada sebelah petang, sebelum kembali menyebar firman dan hadis pada waktu malam – macam mana rakyat nak percaya?

Sebab itu yang penting adalah untuk pemimpin politik mendekati rakyat, menawarkan apa yang rakyat mahu tanpa mengenepikan kepentingan negara secara keseluruhan. Benda sedap siapa yang taknak tapi diakhirnya, negara nak jadi apa itu yang penting sekali.

-MyKmu

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA