Razarudin Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Baharu


KOTA KINABALU: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Pulau Pinang, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah di sini hari ini.

Razarudin menggantikan Datuk Awang Sahari EM Nadzeer yang bersara wajib.

Majlis terima dan serah tugas dijalankan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah dan disaksikan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyerahan tugas bekas Timbalan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Sabah, Datin Fatimah Awang Dahlan kepada Datin Zainah Othman.

Rashid dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tnggi tahniah Razarudin di atas pelantikan sebagai timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan percaya beliau akan membantu memperkasakan lagi Polis Sabah sejajar dengan tuntutan pihak tertinggi PDRM dalam menjamin keselamatan yang terus berkekalan.

"Walaupun nampak tenang namun kita menjalankan persiapan yang berterusan dalam menangani masalah jenayah terutama culik untuk tebusan (KFR), perairan Sabah.

"Sudah tentu Razarudin akab membantu saya dalam membuat persiapan yang sewajarkan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, terima kasih diucapkan kepada Awang Sahari yang membimbing dan melaksanakan tugas sebagai timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah selama lebih setahun.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA