Rasionalkah 10 Resolusi DAP Sarawak ?


Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah bentangkan 10 resolusi pada Persidangan Tahunan DAP Sarawak ke-18 di Paramont Hotel Sibu yang lalu tanpa kehadiran Setiausaha Agung DAP Pusat Lim Guan Eng.

Jika diamati memang begitu menarik resolusi tersebut jika setakat membaca. Ya, ulang sekali lagi ialah setakat menarik untuk dibaca sahaja.

"WE affirm that Democratic Action Party (DAP) Malaysia is a multi-racial national party committed to fight for all Malaysians regardless of race, religion, language, or territory in line with the party’s core values of fairness, justice, equality and secularism founded on the institution of parliamentary democracy."

Kenyataan tersebut adalah resolusi pertama DAP. Nampak menarik dibaca. Tetapi adakah ia benar dilaksanakan dalam DAP sedangkan selama ini ia tidak seperti mengikut seperti apa yang dinyatakan dalam resolusi tersebut.

Menyatakan DAP sebuah parti Multiracial tetapi dalam jawatankuasa tidak menampakkan multiracial langsung kerana tiada jawatan penting bagi Bumiputera. Berkata memperjuangkan seluruh bangsa tetapi sering bermain sentimen perkauman dan agama dalam berpolitik.

Kenyataan bertindak adil dan saksama tetapi bagaimana pula dengan kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang diroboh dan penduduk dihalau. Pada masa sama tiada pembinaan penempatan untuk golongan berpendapatan rendah tetapi lebih memberi keselesaan kepada golongan kaya yang umum mengetahui kaum cina Pulau Pinang memiliki kekayaan sebenar.

Memperjuangkan demokrasi di Parlimen sedangkan tindakan mengikuti.perhimpunan BERSIH adalah sesuatu yang bukan demokrasi kerana menidakkan hak rakyat yang telah memilih kerajaan. Malah di Dewan Rakyat DAP bersikap tidak rasional kerana sering keluar dewan jika pembentangan dilaksanakan. Adakah sikap tersebut demokrasi sedangkan merela tidak menerima usul pihak lain.

Oleh itu dengan terang dinyatakan resolusi DAP sekadar menarik dibaca sahaja kerana ia sesuatu yang mustahil untuk DAP laksanakan disebabkan pemerintahan DAP di Pulau Pinang boleh dijadikan contoh.-Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA