Rakyat Perlu Faham Perubahan Harga Minyak Setiap Bulan


Umum mengetahui kenaikan harga minyak di Malaysia merupakan salah satu fenomena yang sering hangat diperkatakan oleh setiap golongan rakyat sehingga menyalahkan kepimpinan kerajaan Malaysia seperti sengaja membebankan mereka.

Semalam, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) telah mengumumkan harga runcit baharu bagi petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 15 sen seliter berkuat kuasa pada hari ini.

Ini bermakna harga baru bagi RON95 adalah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30 seliter) manakala Diesel pula RM1.90 seliter.

Rakyat Malaysia terutamanya golongan pertengahan dan berpendapatan rendah merasakan kenaikan minyak 15 sen memberi impak yang besar kepada mereka.

Secara prinsipnya, setiap kenaikan harga minyak di pasaran dunia akan memberi kesan kepada ekonomi negara, seperti kenaikan harga runcit minyak yang dibeli oleh pengguna.

Malah, kenaikan harga minyak juga turut memberi kesan yang negatif dan positif kepada negara dan juga masyarakat.

Oleh itu, kenaikan harga minyak sudah pastinya memberi kesan kepada kenaikan harga barangan, kos pengangkutan dan juga pertambahan beban kerajaan.

Namun harus diingatkan perubahan harga minyak adalah berdasarkan harga minyak yang ditentukan oleh pasaran dunia. Kerajaan Malaysia tidak mempunyai kawalan terhadap perubahan tersebut.

Seperti yang kita sedia maklum, apabila harga minyak dunia turun, penetapan harga minyak di Malaysia menggunakan sistem ‘manage float’ atau apongan terkawal.

Purata data bulan ini akan menentukan harga minyak bulan depan dan ini bermakna harga purata bulan Oktober akan menjadi harga bulan November bermaksud harga 1hb hingga 31hb dibahagi kepada 31 hari.

Contohnya, kenaikan harga minyak bulan November disebabkan oleh peningkatan dalam kos pengeluaran. (Brent nak convert jadi Ron97, Ron95 dan diesel).

Walaubagaimanapun rujukan kepada harga brent semata-mata tidak cukup disebabkan faktor lain seperti penyusutan nilai ringgit bulan semasa.

Berikut adalah jawapan kepada rakyat Malaysia yang masih keliru bagaimana minyak di Malaysia ditentukan.

Data September (Data yang menentukan harga petrol dan diesel bulan Oktober)

Brent : USD49
Kos produk Ron97 : USD59
Kos produk Ron95 : USD58
Kos produk diesel : USD54
Exchange rate : USD1 = RM4.15

Data Oktober (Data yang menentukan harga petrol dan diesel bulan November)

Brent : USD49
Kos produk Ron97 : USD67
Kos produk Ron95 : USD65
Kos produk diesel : USD63
Exchange rate : USD1 = RM4.25

Peningkatan kos produk adalah salah satu punca kenaikan harga minyak disebabkan oleh bekalan yang berlebihan. Penyimpanan fasiliti yang tidak cukup juga akan meningkatkan lagi kos produk bulan Oktober berbanding September.

Justeru, janganlah kita mudah terpengaruh dengan sentimen negatif dan sikap menghukum tanpa terlebih dahulu memahami. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA