Rakyat Lebih Memahami Isu RUU355

Ingatkan perihal pindaan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) tidak lagi dipersoalkan setelah penerangan secara terperinci serta perbincangan dibuat di peringkat tertinggi kepimpinan Sarawak.

Malah pada satu sidang media Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Dato' Dr Juanda Jaya yang merupakan bekas Mufti menjelaskan sedalam-dalamnya bahawa RUU355 bukan 'HUKUM HUDUD' dan tiada kena mengena dengan penganut agama lain.

Ketua Menteri Sarawak turut membuat kenyataan mempertimbangkan keputusan berkaitan pindaan RUU tersebut setelah diberitahu secara terperinci.

Malangnya masih ada pemimpin yang mempersoalkan isu ini secara umum sedangkan sudah diperjelaskan tidak akan membabitkan penganut agama lain. Apa yang difahamkan, hal tersebut adalah menambah baik struktur perundangan di Mahkamah Syariah yang sekian lama tidak dipinda sejak tahun 1984.

Menurut kajian pendapat masyarakat majmuk di Sarawak, ramai yang memahami apa sebenarnya berkenaan RUU355 walaupun mereka bukan penganut agama Islam.

Mereka berpendapat bahawa penjelasan memang jelas tiada kaitan terhadap penganut agama lain dan perkara tersebut belum dibentang, banyak wakil rakyat telah melatah dan membuat persepsi yang negatif untuk tidak bersetuju lebih awal.

Menurut mereka lagi, jika nak tahu ia hukum hudud atau tidak, biarlah dibentangkan dahulu dan buatlah pengundian menolak jika ianya didapati Hukum Hudud.

Ternyata masyarakat pelbagai kaum lebih memahami, berbanding pemimpin yang asyik takut dengan persepsi yang menghantui pemikiran mereka. Pemimpin jenis ini hidup hanya dibawah tempurung yang terbatas untuk golongan setaraf dengannya sahaja.

Namun rakyat biasa di Sarawak yang begitu faham erti perpaduan dan toleransi yang membina satu masyarakat majmuk, malah menerima secara terbuka setiap isu diketengahkan tanpa perlu bermain politik sepanjang masa serta lebih rasional dalam tindakan.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA