Rafizi Sudah Gila atau Mahu Sabotaj Tabung Haji dan Ekonomi Negara?

Kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Tabung Haji berada dalam keadaan bahaya jika semua penyimpan membuat keputusan mengeluarkan wang serentak merupakan satu sabotaj kepada Tabung Haji dan ekonomi negara.

Rafizi mendakwa Tabung Haji akan kekurangan dana sebanyak RM 3 bilion jika semua pencarum mengeluarkan simpanan mereka secara serentak pada 31 Disember 2015 yang lalu.

Ini tidak pun berlaku, namun kenyataan Rafizi ini sangat merbahaya kerana ia bertujuan mewujudkan keadaan panik di kalangan pendeposit seperti mana yang berlaku kepada MBF Finance pada 1997 dan Kwong Yik Bank Singapura pada 1913.

Dalam kedua-dua kes, khabar angin yang disebarkan bahawa Bank tidak mempunyai dana yang mencukupi menyebabkan semua pendeposit berpusu-pusu mengeluarkan wang. Ini menyebabkan Bank pusat terpaksa mengambil alih Bank tersebut buat sementara waktu.

Mustahil Rafizi yang belajar sehingga ke luar negara tidak tahu bahawa jangan Tabung Haji, mana-mana bank pun akan muflis jika penyimpan membuat keputusan mengeluarkan wang mereka secara serentak. Ini kerana Bank atau Dana Amanah tidak menyimpan wang pendeposit dalam peti besi.

Apabila kita menyimpan di bank atau melabur dalam tabung amanah yang mengharapkan pulangan dividen, maka pemegang deposit kita perlu melaburkan semula untuk mendapat keuntungan bagi membayar dividen dan kos operasi. Jika ada bank atau Dana Amanah yang menyimpan wang mereka secara keseluruhan sama dengan jumlah yang didepositkan maka mustahil untuk mereka melakukan apa-apa pembayaran dividen.

Dalam kes Tabung Haji, mereka bukan sahaja perlu melabur untuk membayar dividen dan kos operasi, tetapi juga bagi mensubsidi jemaah haji.

Sehingga hari ini Tabung Haji mempunyai jumlah deposit sekitar RM62 bilion. Rafizi, yang juga Naib Presiden PKR dan Setiausaha Agung, mengunjurkan bahawa Tabung Haji akan kekurangan RM3 bilion jika semua pendeposit berbuat demikian secara serentak.

Apa yang rafizi tidak nyatakan ialah sehingga Disember 2015, Tabung Haji mempunyai aset sebanyak RM10.7 bilion. Justeru dalam keadaan apa pun Tabung Haji tidak mungkin boleh muflis berdasarkan pandangan Rafizi.

Kenyataan Rafizi ini harus dianggap sebagai tindakan mensabotaj ekonomi negara, atau mungkin beliau telah gila sejak beberapa kali didapati bersalah oleh Mahkamah kerana memfitnah musuh politiknya. - MYKMU

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA