Rafizi Hilang Kelayakan Bertanding Dalam PRU 14


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli hilang kelayakan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Peguam Gobind Singh Deo berkata bagaimanapun kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen tidak terjejas sehingga proses rayuan selesai di Mahkamah Rayuan.

"Jika hukuman sabitan berjalan dan didapati bersalah beliau akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen," katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.

Mohd Rafizi sebentar tadi dihukum penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan masing-masing memiliki dan mendedahkan laporan Pengauditan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Mac lalu. - K! ONLINE


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA