Racun Serangga'Ubat' Kanser



JOHANNESBERG : Seorang paderi di Afrika Selatan mendakwa mampu mengubat penyakit kanser dan HIV dengan menyemburkan racun serangga pada muka pesakitnya.

Paderi itu, Lethebo Rabalago yang juga mendakwa dirinya nabi memaklumkan di Facebooknya yang dia mampu ‘mengubat’ penyakit berkenaan menggunakan racun serangga jenama Doom.

Malah Rabalago turut menyebarkan gambar di media sosial menunjukkan dia menyembur mata orang ramai dengan racun serangga itu.


Tindakannya mencetuskan kemarahan syarikat pengeluar, Tiger Brands, yang memberi amaran, bahan itu tidak sepatutnya digunakan seperti itu, seperti yang dilaporkan akhbar Harian Metro.

Isu itu turut mendapat perhatian pihak berkuasa yang menggesa orang ramai mengemukakan aduan jika ‘rawatan’ berkenaan mengakibatkan gangguan kesihatan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA