Proton Ertiga Dilancar Hari Ini



SHAH ALAM - Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan model terbaharu kenderaan pelbagai guna (MPV) dikenali sebagai Proton Ertiga yang didatangi dengan dua varian bersama enjin 1.4 VVT.

Dua varian yang ditawarkan ialah Executive manual pada harga RM58,000 dan automatik (RM61,800) serta Executive Plus automatik (RM64,800) bagi Semenanjung Malaysia.

Proton Ertiga merupakan MPV kompak pertama Malaysia berstatus Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) adalah model yang keempat dilancarkan oleh Proton pada tahun ini selepas Perdana, Persona dan Saga masing-masing pada Jun, Ogos dan September lalu.

Ia merupakan model pertama hasil kerjasama Proton dan Suzuki Motor Corporation Japan. - Kosmo

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA