Protes Meletus Di Amerika Syarikat


PETALING JAYA: Rakyat Malaysia di beberapa bahagian di Amerika Syarikat berdepan dengan pengalaman 'sentimen anti-Donald Trump' berikutan kemenangan calon parti Republikan itu dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat, Rabu.

Michael Tan, yang tinggal di Bay Area, California, berkata 'semua orang di kawasan itu' membantah keputusan tersebut.

"Terdapat perhimpunan di pusat bandar San Francisco dan Berkeley," kata Tan, di mana rakan-rakannya dari Amerika juga mengambil bahagian dalam perhimpunan yang diadakan.

"Kemenangan Trump adalah satu kejutan besar. Saya berada di bawah tanggapan bahawa Trump tidak mempunyai peluang untuk menang di sebalik skandal-skandalnya dan kata-katanya yang penuh retorik.

"Hakikatnya, kemenangannya telah menunjukkan tentang mentaliti penduduk di negeri-negeri lain di Amerika Syarikat; naif, dan secara jujurnya, sedikit taksub," katanya.

Beliau yang berusia 27 tahun itu berkata kebimbangan utama dirinya kini adalah tindak balas daripada penduduk di seluruh kawasannya.

"Ada ceramah tentang pemisahan California dari seluruh Amerika Syarikat.

"Selepas keputusan Brexit tahun ini, Leicester menang Liga Perdana Inggeris dan Trump menang dalam pilihan raya presiden, saya telah belajar bahawa jika ada peluang untuk sesuatu yang tidak masuk akal berlaku, ia mungkin berlaku.

"Tetapi saya melihat California mungkin akan terus kekal bersama Amerika Syarikat," katanya.

Walau bagaimanapun, Tan bimbang jika jawatan presiden Trump akan menberikan banyak kesan kepada dirinya, memandangkan beliau tinggal di tengah-tengah negara liberal.

"Saya perlu berselindung di sebalik sikap perkauman, seksisme atau xenofobia Trump yang seolah-olah telah menghasut pengikut setia beliau," katanya sambil menambah rakyat Malaysia di kawasan itu secara umumnya mempunyai perasaan sama dengannya.

Protes juga telah berlaku di bandar terbesar Oregon, Portland, kira-kira 15 minit dari Hillsboro, di mana Matthew, anak kelahiran Kuala Lumpur tinggal di situ bersama isterinya.

Hanya mahu dikenali sebagai Matthew, beliau yang berusia 24 tahun itu memilih untuk tidak membantah kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.

"Saya tidak fikir ia sangat positif atau dapat membantu," katanya mengenai protes yang dibuat.

"Saya sebenarnya tenang dengan keseluruhan apa yang berlaku. Saya fikir Donald sebenarnya mungkin lebih banyak 'bunyi' daripada 'bertindak' dan orang ramai telah bertindak melampau.

"Ia kedengaran seperti sayap kiri Demokrat percaya sikap rakyat Amerika terhadap orang lain akan berubah hanya kerana Donald Trump telah dilantik sebagai presiden.

"Tetapi saya tidak fikir begitu. Saya rasa orang Amerika akan terus menyayangi dan melayan orang lain dengan baik," katanya melalui Facebook chat.

Matthew berkata kemenangan Trump tidak sepenuhnya mengejutkan kerana jutawan itu tahu bagaimana untuk 'bermain' dalam permainan ini.

Antara kawasan di mana berlakunya protes ialah New York, Chicago, Washington DC, Philadelphia, Boston dan Seattle.

Laporan penderaan lisan terhadap kumpulan minoriti juga telah meningkat sejurus selepas Trump mengalahkan Hillary Clinton dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat ke-45. - mStar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA