Program Face Dijangka Atasi Masalah Penceraian


KUALA LUMPUR- Berikutan kadar penceraian yang makin meningkat kini, Kementerian Pembangunan Wanita ,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memperkenalkan program yang memfokuskan pada pengukuhan institusi keluarga dan komuniti.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata projek Family and Community Enpowerment (Face) bermula pada 31 Oktober lalu dan akan dilaksanakan di 14 komuniti terpilih di seluruh negara.

"Kita akan lakukan survey dan mengadakan program intervensi serta mencari punca mengapa kawasan tersebut punyai banyak kes penceraian.

"Selain itu, kami juga akan membimbing keluarga atau komuniti tersebut melalui kursus atau program keagamaan untuk sama-sama tangani masalah ini," katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam laporan semalam, statistik melaporkan Selangor mencatatkan angka penceraian umat Islam paling tinggi selama tiga tahun diikuti Sabah dan juga Johor.

Tambah beliau lagi, program ini juga bukan lah sekadar 'Touch n Go' tetapi ia berterusan hingga nampak perubahan.

"Kami akan berikan bimbingan selama satu tahun dan jika tidak nampak impak, ia akan diteruskan hingga ada perubahan yang positif," katanya lagi.-SinarHarian

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA