Polis Tahan Penggangur Pukul Ayah


MIRI: Polis menahan seorang penganggur yang menumbuk bapa kandungnya sendiri kerana enggan memberikan wang yang dimintanya.

Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, suspek berusia 30 tahun dari Pujut Adong Miri itu menumbuk kepala sebelah kanan mangsa berusia 61 tahun sehingga terjatuh pada tengah malam 20 November di Piasau Industries.

Leng Huat berkata, sebelum kejadian suspek menemui mangsa pada jam 9 malam untuk tujuan sama namun mangsa enggan memberi wang.

"Suspek selalu minta wang dan kerana tidak tahan dengan sikapnya, mangsa membuat laporan polis," katanya hari ini sambil menambah suspek kini ditahan reman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 jika disabitkan kesalahan. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA