Polis Tahan Pengendali FB "Sarawak Keluar Malaysia 2021"


KUCHING: Seorang suspek yang dipercayai pengendali laman Facebook (FB) "Sarawak Keluar Malaysia 2021" berjaya ditahan polis hari ini.

Suspek dikenali sebagai Beng Kor ditahan di Sibu ekoran laporan polis mengenai laman Facebook berkenaan yang mengeluarkan kenyataan hasutan kerana sengaja melagakan kepimpinan negeri dan kerajaan pusat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar mengesahkan penangkapan tersebut ekoran sebanyak 13 laporan polis telah dikemukakan setakat jam 3 petang tadi.

Menurutnya laporan ke 13 dibuat di Mukah.

"Suspek akan disiasat dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai tangkapan dan siasatan tidak akan didedahkan buat masa ini," katanya dalam kenyataan kepada media sebentar tadi. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA