Polis lumpuhkan sindiket pengemis warga China


KUALA LUMPUR - Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket pengemis warga China dengan tertangkapnya tujuh individu menerusi serbuan 'Op Beggars' di sekitar Jalan Petaling di sini pagi tadi.

Serbuan yang bermula kira-kira pukul 4.30 pagi itu menahan seorang ketua sindiket warga China berusia 44 tahun, seorang ejen serta lima pemandu teksi warga tempatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, sindiket pengemis warga asing tersebut aktif sekitar enam bulan lalu dengan mensasarkan lokasi pasar pagi dan pasar malam di sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.

"Menerusi operasi tersebut kita berjaya menyelamatkan 14 orang kelainan upaya (OKU) warga China berusia lingkungan 21 hingga 53 tahun.

"Kesemua pengemis tersebut memasuki negara ini sejak tahun 2014 dan mampu memperolehi pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan menerusi kegiatan yang dijalankan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Amar Singh berkata, antara kawasan mengemis yang dijadikan sasaran sindiket terbabit adalah pasar malam Taman Connaught, Cheras, pasar pagi Lebuh Staka dan Jalan Bahagia di Klang, pasar pagi Jalan Alam Damai, Cheras, pasar awam Sungai Pelek, Sepang, pasar pagi Jinjang, pasar pagi Puchong Jaya dan Taman Kinrara. - K! ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA