Polis Kawal Malaysiakini Diasak Baju Merah ‘Tutup’!


MUNGKIN inilah insiden paling pelik di dunia apabila pihak polis yang selama ini dikutuk hina pembangkang sebagai ‘anjing’ kerajaan tiba-tiba melindungi premis media propembangkang pula!

Ia susulan tindakan ratusan peserta Baju Merah mula membanjiri pekarangan pejabat portal berita antikerajaan, Malaysiakini jam 2 petang Sabtu sebagai lokasi permulaan menentang demonstrasi jalanan haram Bersih 5.

Lokasi tersebut dipilih memandangkan Malaysiakini antara nama yang dikaitkan menerima dana rahsia Open Society Foundation, sebuah yayasan milik penyangak mata wang Yahudi, George Soros selain kumpulan Bersih.

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunos kelmarin bertemu pihak Malaysiakini meminta penjelasan dan pengurusan portal itu mengakui menerima dana daripada Soros yang bertujuan kempen politik di Sarawak.

Peserta Baju Merah yang berhimpun turut melaungkan “Tutup Malaysiakini” dan “Hancur Malaysiakini” di depan pejabat portal itu di Petaling Jaya, Selangor yang dikawal ketat pasukan polis antirusuhan lengkap trak meriam air!

Satu kain rentang dengan tulisan “Maria Chin & Bersih 5 Boneka Soros & Cina DAP” serta kain rentang tertera: “Kami sedia bertempur” juga kelihatan dibawa para peserta terbabit sehingga mendapat perhatian pihak media.

Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga dilihat berlegar-legar di sekeliling kawasan Business Park PJ51 yang menjadi lokasi pejabat Malaysiakini beroperasi menabur dakyahnya.

Pada asalnya, gerakan Baju Merah dirancang berkumpul di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pagi Sabtu sebagai siri permulaan untuk perhimpunan pada 19 November ini dan penentangan terhadap demonstrasi haram Bersih 5.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur namun telah melarang mereka daripada berkumpul di dataran itu dan kumpulan tersebut terpaksa menukar rancangan dengan memilih untuk berhimpun pula di hadapan pejabat Malaysiakini.

Pasukan polis bagaimanapun dikerah berkawal sebagai langkah berwaspada dan tindakan aneh berkenaan dianggap cukup lucu kerana selama ini portal berita tersebut aktif bebas mengutuk pihak polis dengan pelbagai gelaran jelik!-mynewshub

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA