Polis Bergambar Tepi Mayat Disiasat



MISSOURI - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu meminta seorang anggota polis yang menunjukkan isyarat 'thumbs up' dan senyum di tepi mayat anaknya supaya disiasat.

Menurut laporan Dailymail, foto insiden tersebut dirakam selepas Omar Rahman, 28, ditemui mati di sebuah rumah pada 8 Ogos lepas.

North County Police Cooperative dan petugas perubatan mengesahkan mangsa maut akibat pengambilan dadah berlebihan.


Ibu Omar, Kim Staton memberitahu kemunculan foto berkenaan telah 'menambah luka dihatinya'.

"Apabila mereka (polis) datang, mereka sepatutnya membantu dan melindungi orang awam, bukan tersengih dan menunjukkan ibu jari," kata Kim.

Kata Kim, North County Police Cooperative mengatakan kamera yang merakam dan gambar asal aksi tersebut 'hilang'.

Peguam Kim juga mengecam tindakan anggota polis yang melakukan aksi tersebut.

"Saya sudah melihat beribu-ribu foto forensik, tapi saya tak pernah melihat perlakuan seperti ini," kata peguam, Antonio Romanucci.

Ketua Polis North County Cooperative, Tim Swope memberitahu siasatan dalaman dan menyeluruh insiden tersebut sedang dijalankan.

Kaim dan peguamnya bagaimanapun mahu agensi lain menyiasat perkara tersebut.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA