Pokemon Go Kini Tidak Lagi Boleh Diakses Dalam Kenderaan



BIARPUN sudah beberapa bulan dilancarkan, tidak boleh dinafikan populariti permainan aplikasi Pokemon GO masih belum pudar.

Ditambah pula dengan dedikasi pembangun permainan itu, Niantic yang aktif melakukan kemas kini, ia secara tidak langsung menambah minat masyarakat terhadapnya.

Namun, satu kemas kini terbaharu ini mungkin agak kurang menyenangkan, terutama bagi mereka yang 'ketagih' dengan Pokemon GO.

Permainan itu kini tidak boleh lagi diakses apabila si pemain berada dalam kelajuan tinggi.

Ini bermakna, jika anda sedang berada dalam kenderaan, anda tidak boleh bermain Pokemon GO.

Biarpun ia langkah yang baik untuk mengelakkan orang ramai bermain aplikasi itu ketika memandu, namun pengguna berpendapat ia agak tidak adil kerana mereka yang menaiki kenderaan sebagai penumpang juga tidak boleh mengisi masa terluang itu dengan bermain Pokemon GO.

Lebih mengecewakan pengguna, tindakan itu dilihat sebagai tidak bijak memandangkan musim sejuk yang akan bermula tidak lama lagi. - Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA