PM Tolak Ansur Tuntutan Hak Sarawak


KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bertolak ansur dengan tuntutan Sarawak, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Sehubungan itu beliau berkata, tiada keperluan untuk meluluskan resolusi menuntut hak negeri ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita percaya Perdana Menteri melakukan perkara yang betul, tidak ada keperluan untuk meluluskan satu resolusi di DUN.

"Kita percaya dalam diplomasi, bukan konfrontasi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, Perdana Menteri bersedia untuk perbincangan jika Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan telah "disalah tafsir".

"Dalam konteks Sarawak, proses yang digambarkan sebagai 'penurunan kuasa' sedang berjalan dengan objektif utama untuk menangani dan menyelesaikan kebimbangan terhadap hakisan perlindungan khas Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia dan dimasukkan dalam Perlembagaan," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA