PKR Seru Rakyat Sarawak Sertai Perhimpunan BERSIH 5


KUCHING: Pemimpin PKR Sarawak, menyeru rakyat negeri ini untuk menyertai perhimpunan BERSIH 5 yang akan berlangsung serentak seluruh negara pada 19 November ini.

Naib pengerusi See Chee How berharap agar rakyat Sarawak dapat datang beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada BERSIH.

“Rakyat Sarawak harus memberi sokongan kepada perhimpunan BERSIH kerana kita mahu rakyat Sarawak tahu apa bentuk proses pilihan raya yang ada di negara kita ketika ini,” beliau dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, pihak penganjur perhimpunan BERSIH 5 bertegas untuk menggunakan Panggung Udara sebagai venue, meskipun tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa.

Menurut Naib Pengerusi BERSIH Sarawak, Ann Teo berkata pihaknya akan berkeras untuk mengadakan perhimpunan dilokasi tersebut walaupun tidak mendapat kelulusan.

“Kebenaran tidak perlu untuk mengadakan perhimpunan aman kerana notis mengenai perkara itu telahpun dikeluarkan.

“Kami percaya polis akan membantu dalam penganjuran perhimpunan ini nanti,”katanya kepada media semalam.

Terdahulu, pengajur perhimpunan Bersih memohon kepada pejabat Ketua Menteri untuk menggunakan venue tersebut, bagaimana pun sehingga kini gagal mendapat maklum balas.

Permohonan menggunakan Panggung Udara adalah lokasi ketiga yang ditolak oleh pihak berkuasa, selain Padang Merdeka dan Padang Song Khen Hai. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA