Petrajaya Fun Run 1.0, 3 Disember


KUCHING: Larian Amal Petrajaya Fun Run 1.0 anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Petrajaya dengan kerjasama Y-Centre UTC Kuching akan berlangsung pada 3 Disember ini (Sabtu) di Masja.

Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya yang juga Pengerusi Petrajaya Fun Run 1.o, Hamzah Brahim berkata, dengan yuran sebanyak RM50 setiap penyertaan, larian amal itu terhad kepada 1,500 peserta.

Menurutnya, penyertaan telah dibuka mulai 1 November sehingga 30 November 2016 dan kutipan kit peserta pada 1 hingga 2 Disember 2016.

"Kita mengalu-alukan penyertaan orang ramai khususnya di sekitar Kuching dan Samarahan untuk menyertai larian amal ini.

"Objektif perlaksanaan Petrajaya Fun Run 1.0 adalah untuk mensejahterakan perpaduan rakyat menerusi acara sukan disamping mengumpul dana Tabung Bencana Kebakaran SMK St.Teresa, Kuching yang mana dewan besar sekolah berkenaan telah terbakar pada 29 Oktober 2016 yang lalu," katanya.

Katanya,10 peratus daripada yuran penyertaan larian akan disalurkan terus ke Tabung Bencana Kebakaran SMK St.Teresa.

Katanya, pelbagai acara menarik yang lain bakal menghiasi Petrajaya Fun Run 1.0 seperti program derma darah, mini autoshow, speed boat race, pertandingan mewarna (KEMAS).

"Yang paling menarik ialah cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik disediakan pihak penganjur iaitu dua buah motosikal Demak, lima televisyen 40 inci, barangan sukan dan pelbagai hadiah lain akan menanti peserta yang bertuah," tambahnya.

Untuk keterangan lanjut mereka yang berminat boleh menghubungi kaunter Razi (Petrajaya Runners Comm) di talian 0133608701, Brooks Green Height Mall (Mr. Albert 0165892233), CSE Management Sdn Berhad (Cik Aqidah 01126045233), Pusat Khidmat P.194 Petrajaya (Husien 019-8088845 atau Ros 0105492145),Y-Centre UTC Kuching (Eshady 0146541670),Syed Zyed (0145910107).Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA