Petani Muda Thai Jual Beras Di Internet


BANGKOK: Krisis harga beras menjejaskan ramai pesawah di Thailand tetapi sekumpulan petani muda meraih keuntungan besar apabila menggunakan media sosial untuk menjual beras mereka.

Seorang petani berusia 29 tahun, Pongpat Sukarbjai berkata, kunci utama untuk menjual beras adalah mengurangkan penggunaan racun serangga dan baja kimia.

Pelajar sarjana di Fakulti Ekonomi di Universiti Kasetsart itu menguruskan 100 tapak padi di daerah Bang Len di Nakhon Pathom.


Menurutnya, dia mengurangkan penggunaan bahan kimia pada tanamannya kerana ramai pengguna memilih beras yang ditanam secara organik.

Sebelum ini, Pongpat menjual padinya kepada kilang tetapi dia kemudian memilih media sosial untuk memasarkan beras berry yang ditanamnya.

Beras untuk kesihatan itu dijual pada harga 100 baht (RM12) untuk satu kilogram dan ia laris dijual di Internet.

“Saya masih menjual beras di kilang dan juga di media sosial. Internet memberi saya alternatif untuk memasarkan produk,” katanya kepada portal Bangkokpost.-Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA