Perwakilan DAP hina Dr M sebagai ‘bapa ayam’

Video seorang perwakilan DAP, Shamser Singh Thind yang secara lantang mengecam bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir menjadi viral di media sosial.

Dalam video berdurasi 54 saat itu, Shamsher semasa berucap pada Konvensyen DAP 9 November lalu secara terbuka juga membidas pimpinan DAP yang sanggup berjabat tangan dengan Dr Mahathir yang suatu ketika dahulu menjadi musuh yang mereka tentangi.

“Orang yang veteran-veteran tak rasa malu ke bila sekarang ini berjabat tangan dengan Mahathir.

“Dia (Dr Mahathir) datang ke DAP, Bersih sekarang untuk apa? Untuk kepentingan dia,” kata Shamher dalam video tersebut.

Video tersebut diambil semasa Konvesyen DAP Pulau Pinang yang berlangsung 6 November baru-baru ini.

Menurut Shamser, langkah Dr Mahathir yang kembali berbaik-baik dengan pembangkang sebenarnya bertujuan untuk melindunginya daripada berdepan tindakan undang-undang jika suatu hari nanti mereka berjaya memenangi pilihan raya umum dan menjadi kerajaan pusat.

“Dahulu Mahathir ada beritahu jika pembangkang maka pembangkang akan korek dan korek sampai semua keluar, yakni Mahathir takut jika pembangkang menang.

“Sebab itu dia datang nak lindungi diri dia,” katanya lagi.

Melihat semua tindakan Dr Mahathir tersebut, Shamsher mengibaratkan Dr Mahathir seperti seorang bapa ayam yang cuba membantu seorang pelacur, walhal beliau sebenarnya yang menjadikan perempuan itu pelacur.

“Mahathir sekarang ibarat macam nak bantu seorang pelacur, dia kata sebab saya bantu pelacur ini, kenapa adakah sebab dia sayang pelacur itu? Bukan, dia lah bapa yang jadikan perempuan itu pelacur,” kata Shamsher.

Dalam video tersebut, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga dilihat atas pentas mendengar ucapan.

DAP juga tidak menjemput Dr Mahathir ke Konvensyen Kebangsaan mereka 4 Disember depan walaupun sebelum ini dijemput ke Konvesyen Pakatan Harapan. - BNBBC News

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA