#DUNSarawak: Pertama Kali Dalam 14 tahun Sarawak Bentang Bajet Defisit

KUCHING: Buat pertama kali dalam tempoh 14 tahun negeri Sarawak membantangkan Bajet defisit untuk tahun 2017.

Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh bagaimana pun berkeyakinan defisit RM385 juta pada Bajet Sarawak 2017 adalah ‘terkawal’.

Menurutnya, defisit RM385 dalam bajet 2017 adalah berdasarkan jumlah hasil pendapatan yang dijangkakan RM5.321 bilion berbanding jumlah perbelanjaan RM5.706 bilion.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem membentangkan cadangan Bajet 2017 yang mencatatkan defisit apabila perbelanjaan melebihi pendapatan yang dijangka.

Adenan turut menjelaskan, hasil pendapatan negeri mengalami menurun sejak tahun lalu, ianya disebabkan kejatuhan harga minyak dan gas serta kelemahan nilai Ringgit Malaysia.

Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah untuk menambah baik pendapatan dan meningkatkan penggunaan swasta bagi mengekalkan pertumbuhan eknomi. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA