Peralihan Monsun Sedang Berlaku, Paten Hujan Sukar Dijangka


KUCHING: Bulan November merupakan permulaan musim hujan bagi kawasan beriklim Khaltulistiwa. Ia juga merupakan bulan permulaan Monsun Timur Laut yang kebiasannya datang dengan angin yang berkelajuan 10 hingga 20 knot.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Sarawak), Nor Hisham Mohammad berkata, bulan November merupakan bulan peralihan angin monsun yang kebiasannya akan menyebabkan berlakunya paten hujan yang tidak konsisten dan sukar dijangka sehingga bulan Disember,

“Sehingga bulan Disember, barulah taburan hujan dapat diramal dengan lebih tepat kerana tempoh peralihannya sudah berakhir,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Didikan 3K di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, menurut laporan daripada Jabatan Materiologi, hujan lebat dijangka akan turun pada 3-4 November.

Pihak Bomba telah mengeluarkan arahan kepada pihak logistik Bomba supaya bersedia menangani sebarang insiden.

“Kita mahu respon yang cepat terhadap sebarang bencana yang berlaku. Persediaan bencana tidak hanya tertumpu kepada hujan. Ia meliputi angin kencang, banjir, pokok tumbang dan kerosakan kediaman dan harta benda yang kebiasaanya menyusul selepas bencana,” tegas beliau. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA