Penyepit Sangkut Dalam Anu


BEIJING: Gara-gara takut mendapat rawatan doktor kerana kencing berdarah, seorang lelaki di China memasukkan kayu penyepit ke dalam kemaluannya menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan alat itu selepas ia tersangkut.

Menurut doktor, lelaki yang dikenali sebagai Chen bernasib baik kerana kecederaan dialaminya mampu menyebabkan maut sekiranya dia menolak kayu penyepit dibuat daripada besi itu lebih jauh ke dalam kemaluannya.

Imbasan menunjukkan kayu penyepit berkenaan sudah sampai ke dinding rektumnya, lapor Asia Wire.

Chen, yang tinggal di wilayah Zhejiang, timur China, bernasib baik apabila pembedahan terhadapnya berjaya mengeluarkan objek itu.

Bulan lalu, seorang lelaki Thai dibawa ke hospital untuk mengeluarkan alat permainan seks berupa cincin yang tersangkut pada kemaluannya.

Mangsa mengalami kecederaan apabila ‘cincin’ itu tidak dapat dicabut selepas menggunakannya di rumah sebelum menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital.

Beberapa hari sebelum itu, seorang lelaki di Honduras terpaksa dipotong zakarnya selepas tersangkut di dalam botol yang digunakan untuk melampiaskan nafsunya selama empat hari.

Lelaki itu pada mulanya enggan mendapat rawatan tetapi terpaksa pergi ke hospital apabila kemaluannya bertukar hitam. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA