Penunggang Motosikal Maut Rempuh Kereta


SARIKEI: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta di sini sekitar jam 6.20 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superintenden Mat Jusoh Muhamad berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Elai Sanda Jimbau, 26, dari Jalan Sungai Minah, Sarikei.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan dari Pasar Sarikei menuju ke rumahnya di Jalan Minah di sini.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa dipercayai hilang kawalan ke atas motosikalnya lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta yang dipandu seorang lelaki, 46.

“Akibatnya, mangsa terpelanting ke hadapan dan digilis sebuah kereta dari arah belakang.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ambulans ke Hospital Sarikei namun disahkan meninggal dunia setibanya di hospital,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mangsa bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat tempatan dan kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA