Peniaga Terkejut Terima Wang Palsu RM50 Dari Pelanggan


SEORANG peniaga pakaian terpaksa menanggung kerugian RM50 selepas menerima wang kertas palsu daripada pelanggan yang membeli baju di premisnya.

Kisah mangsa turut mendapat perhatian selepas disiarkan menerusi video dimuat naik oleh sebuah laman di Facebook yang dikongsi oleh seorang pengguna laman sesawang, Edika Yusof.

Peniaga wanita berkenaan turut terkejut dengan insiden yang menimpanya dan mendakwa dirinya pertama kali berhadapan situasi berkenaan.

Di dalam video berdurasi kurang satu minit itu, peniaga tersebut turut membuat perbandingan antara dua wang not kertas RM50 yang asli dan tiruan.

Menerusi video itu, bahagian berwarna perang di bawah angka 50 pada not RM50 palsu boleh dikikis hanya dengan mengunakan jari dan cebisan-cebisan warna perang itu kelihatan tertanggal dari not berkenaan.

Ia jauh berbeza dibandingkan not asal yang tiada perubahan meskipun dilakukan hal sama.

Baca: Bagaimana ATM Boleh Keluarkan Not RM100 Dengan Siri Sama

Terdahulu, kisah seorang wanita dari Skudai, Johor Bahru memiliki dua keping wang kertas bernilai RM100 mempunyai nombor siri yang sama pernah menjadi viral.

Mangsa mendakwa mengeluarkan sejumlah wang dari sebuah cawangan bank CIMB di bandar berkenaan. Insiden itu membuatkan wanita berkenaan berasa hairan dan mengesyaki salah satu wang kertas tersebut adalah palsu. -MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA