Penganjur Bersih 5 Jumpa KPD Kuching


KUCHING: Jawatankuasa Penganjur Bersih 5 hari ini mengadakan mesyuarat bersama Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Mesyuarat itu dibuat selepas pengahantaran notis di bawah Akta Perhimpunan Aman berhubung penganjuran perhimpunan Bersih 5 pada 19 November.

Naib Pengerusi Bersih 5, Anne Teo menerusi kenyataannya berkata, penghantaran notis dibuat pada setiap peringkat Konvoi Bersih 5 yang dilangsung pada hujung minggu sejak 1 Oktober lepas.

"Di setiap bandar dan daerah yang dilalui konvoi, kita menghantar notis di setiap IPD," katanya.

Menurutnya, seperti sebelum ini perhimpunan aman bakal dilangsungkan di Panggung Udara, Jalan Budaya.

"Kita membuat pelbagai persiapan untuk memastikan perhimpunan ini selamat dan aman," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA