Penduduk UK Hairan Mengapa Penduduk Malaysia Tolak GST


Penduduk United Kingdom (UK) hairan dengan sifat takut rakyat Malaysia terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta Cukai Pendapatan (income tax) yang dilaksanakan kerajaan dalam mentadbir negara.

Memetik status yang dimuatnaik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Zahed Saidin, beliau berkata ianya sangat memalukan apabila penduduk UK mengetahui kisah penentangan rakyat Malaysia terhadap pelaksanaan GST, di mana peratusan cukai yang dikenakan sangat rendah berbanding di UK serta negara-negara lain.

“Satu perkara yg agak memalukan saya sebagai rakyat Malaysia apabila mereka tahu tentang penentangan rakyat terhadap GST dan Cukai Pendapatan (income tax) Malaysia. Secara baik mereka tanya kenapa rakyat Malaysia begitu takut dengan GST dan tax.

“Di UK GST (VAT) mereka adalah 20 peratus. Sedangkan Malaysia cuma 6 peratus. Sangat jauh beza dgn UK. Sementara Cukai Pendapatan mereka bermula dengan 20 peratus, 40 peratus hingga 45 peratus, sedangkan Malaysia tidak lebih 28 peratus,” tulisnya dalam posting di Facebook miliknya.

Zahed, yang mengikuti kuliah Leadership & Management di syarikat akauntan, James Cowper Kreston di Reading berkata banyak perkara perbandingan antara amalan perakaunan dan percukaian di Malaysia dan UK dibincangkan dalam program tersebut.

Tambahnya, jika dilihat secara keseluruhan pada setiap bulan, kerajaan UK telah membuat potongan hampir separuh dari pendapatan bulanan penduduknya yang bekerja bagi tujuan pemotongan cukai pendapatan semata-mata.

“Dan mereka masih boleh hidup di UK tanpa menyalahkan Kerajaan tak tentu pasal.

“Sebagai perbandingan, saya tanya tentang gaji permulaan bagi ijazah pertama. Berapa gaji pelajar yang baru lepasan universiti jika mereka mula bekerja dan mereka berkata menurut undang-undang buruh mereka, gaji ijazah pertama hendaklah tidak kurang daripada 2500 Pound. Purata gaji Ijazah Pertama adalah antara 2500 hingga 3500 pound,” tulisnya lagi.

Jelas Zahed, jumlah tersebut jika ditukar kepada matawang Malaysia, jelas menunjukkan angka yang sama dengan kadar gaji bagi kakitangan awam di Malaysia dengan gred 41.

Mengulas lanjut, Zahed berkata, penduduk UK turut mengatakan bahawa kos bagi pengangkutan awam di tempat mereka adalah sangat tinggi, termasuk harga rumah flat dengan dua bilik yang terletak di pinggir London yang berharga tidak kurang dari 300 pound.

“Benar harga kereta mereka lebih rendah dari Malaysia dan banyak bantuan kepada golongan miskin diberikan.

“Melihat kepada GST dan income tax mereka yg sangat tinggi, menunjukkan Kerajaan UK telah mengambil awal-awal lagi wang gaji rakyat mereka sebelum sempat mereka berbelanja,” katanya.

Kata Zahed lagi, cukai tersebut kemudiannya menjadi pendapatan negara sebelum diberikan semula kepada rakyat dalam bentuk pengurangan harga kereta, bantuan bulanan, elaun kepada golongan miskin dan lain-lain bantuan yang disediakan kerajaan.

Zahed, dalam masa yang sama memaklumkan kepada penduduk UK bahawa rakyat Malaysia seringkali membandingkan harga kereta di negara tersebut yang jauh lebih murah dari Malaysia.

“Jika rakyat Malaysia hendakkan perkara yg sama dengan UK, maka rakyat Malaysia sepatutnya bersedia dengan perkara yang sama iaitu membayar GST sebanyak 20 peratus dan membayar cukai pendapatan hingga 45 peratus. Saya percaya rakyat Malaysia tidak mahu.

“Mat Saleh tu nampak bersetuju dengan saya,” ujarnya.

3 comments:

  1. In unrelated news,
    Penduduk malaysia hairan kenapa penduduk uk kebanyakannya menerima gay n lesbian?

    ReplyDelete
  2. Betul, tapi buying power sterling pound berpuluh kali ganda daripada RM.
    So value gaji diaroang walaupun kecil, masih mampu support berbanding RM dah le kecil, harga barang di Malaysia beyond the capability of the ordinary Malaysian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amat betul sekali...nilai barang dengan gaji jauh beza...dulu gaji kat malaysia kecil..tapi harga pun murah...kalau dikira..bukan 1x ganda tapi 5x ganda...gaji hanya nait 2 kali ganda, itu kena paham..dulu pergi pasar rm50 boleh bawa balik 4-5 jenis ikan ayam daging...kini ikan kebong rm14..lebih kurang 4-5ekor..daging sampai rm50 sekali...itu belum yang lain2 lagi. Kesimpulan kita tidak boleh banding malaysia dengan negara lain..tq

      Delete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA