• Penduduk Taiwan Bantah Perkahwinan Sejenis

    Published: Thursday, 17 November 2016
    A- A+


    TAIPEI: Beribu-ribu penduduk Taiwan berkumpul di luar bangunan badan perundangan di ibu negara, hari ini kerana membantah undang-undang yang membenarkan perkahwinan sesama jantina.

    Lebih 20,000 orang yang menyertai bantahan itu membawa sepanduk, mengibarkan bendera dan melaungkan slogan ketika penggubal undang-undang membacakan undang-undang itu di dalam bangunan.

    Kedua-dua pemerintah dan parti pembangkang menyokong langkah itu, yang turut mendapat sokongan majoriti orang awam dan Presiden Taiwan Tsai Ing-wen, iaitu presiden pertama wanita negara itu.

    Pembangkang, termasuk kumpulan agama dan beberapa ahli politik konservatif.

    Taiwan adalah negara pertama Asia yang meluluskan undang-undang perkahwinan sesama jantina, selain Kanada, Colombia, Ireland, Amerika Syarikat dan 16 negara lain. - AP

    Subjects:

  • No Comment to " Penduduk Taiwan Bantah Perkahwinan Sejenis "