Penduduk Mahu Sarikei Disenarai Program Bandar Baharu


Program bandar baru yang dilancarkan oleh kerajaan negeri begitu baik memandangkan populasi bandar baru tersebut lebih kepada penduduk bumiputera yang majoriti menduduki kawasan dalam program tersebut.

Namun adakalanya program berkenaan patut melihat bandar-bandar kecil yang juga berpotensi untuk dinaiktaraf. Bandar Sarikei seumpamanya harus mendapat manfaat daripada program tersebut.

Kampung Baru Seberang yang berada di bawah DUN Kuala Rajang dan Parlimen Tanjung manis seharusnya mendapat perhatian kerajaan negeri untuk menjadikan ia sebuah bandar baru.

Lokasi yang strategik dan berhampiran dengan pelabuhan Tanjung Manis akan menyokong perkembangan ekonomi setempat jika program tersebut di lanjutkankan ke kawasan ini.

Faktor kos bebanan hidup bukan menjadi masalah bagi penduduk Sarikei memandangkan Sarikei masih mempunyai sumber makanan yang murah dan berpatutan dari segi harga. Ikan segar serta sayuran begitu mudah diperolehi kerana Sarikei antara bandar yang masih mengekalkan konsep pertanian dan perikanan sebagai sumber ekonomi.

Adalah sewajarnya Sarikei turut disenarai dalam program bandar baharu agar bandar ini terus berkembang pesat membangun agar tidak terlalu ketinggalan daripada arus pembangunan masa kini.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA