Kampung Bintawa Tengah Gempar, Lelaki Mahu Bakar Rumah Sendiri


KUCHING: Penduduk Kampung Bintawa Tengah digemparkan dengan insiden seorang lelaki kurang siuman yang mahu membakar rumah sendiri sekitar jam 11 pagi tadi.

Bagimanapun, lelaki terbabit ditahan polis sekitar jam 11.15 pagi.

Selepas pujukan keluarganya gagal, lelaki yang berusia 40an itu nekad hendak membakar rumah.

Kegagalan memujuk lelaki berkenaan menyebabkan polis dan bomba dipanggil untuk mententeramkan keadaan.

Lebih menggemparkan, lelaki terbabit turut memegang sebilang parang dan pemetik api.

Pasukan bomba yang berada di lokasi kejadian terpaksa menggunakan air untuk melemahkannya sebelum ditahan selepas usaha memujuknya lebih tiga jam menemui jalan buntu.

Sebelum berjaya dipujuk, lelaki berkenaan turut mengugut untuk terjun ke sungai berhampiran rumahnya.-Sarawakiana














No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA