• Penduduk Gempar, Lelaki Hilang Dipercayai Diserang Buaya Di Oya

    Published: Friday, 11 November 2016
    A- A+
    MUKAH: Penduduk kampong Bakong gempar setelah menyedari seorang nelayan sungai hilang ketika menjala udang di sungai Batang Oya dekat sini pagi tadi.

    Mangsa Sili Esmail @Ismail, 60 dikatakan keluar menjala kira-kira jam 8 pagi, dan tidak pulang ke rumah sehingga kini.

    Khuatir pada perkembangan tersebut, pihak keluarga mangsa telah meminta bantuan untuk mencari dan menyelamat.

    Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, ketika ini operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalan dalam radius 2 kilometer dari lokasi terakhir mangsa.

    Beliau turut mengesahkan penemuan bot yang digunakan mangsa.

    “Bot yang digunakan mangsa dijumpai tersadai di tebing sungai dan mempunyai kesan gigitan buaya,” katanya. - Sarawakiana

  • No Comment to " Penduduk Gempar, Lelaki Hilang Dipercayai Diserang Buaya Di Oya "