Pendaftaran Simpanan Syariah KWSP cecah 50 peratus

Image result for kwsp syariah
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan setakat 31 Oktober 2016, sebanyak 50.25 peratus atau RM50.25 bilion daripada peruntukan permulaan RM100 bilion untuk Simpanan Syariah 2017 sudah digunakan sejak pendaftaran dibuka pada 8 Ogos 2016.

Hingga hari ini, jumlah pendaftaran Simpanan Syariah yang direkodkan adalah 503,734 dengan jumlah purata pendaftaran sebanyak 167,911 sebulan.

Ahli yang ingin memilih Simpanan Syariah digalakkan untuk datang ke mana-mana 68 kaunter KWSP di seluruh negara secepat mungkin untuk mengelakkan kesesakan pendaftaran saat akhir pada Disember.

Tarikh tutup pendaftaran Simpanan Syariah 2017 adalah pada 23 Disember 2016 atau selagi peruntukan dana RM100 bilion masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai Simpanan Syariah, Soalan Lazim (FAQ) dan proses pendaftaran, layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan di 03-89226000.- BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA