Pemuda PRS Lafaz Ikrar Setia Kepada Presiden Parti


KUCHING: Seramai 16 Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) melafaz ikrar setia kepada kepimpinan Presiden Tan Sri James Jemut Masing di Pejabatnya di Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Ketua Pemuda PRS Snowdan Lawan berkata, lafaz ikrar tersebut di adakan bagi menyokong penuh serta setia kepada kepimpinan presiden.

"Pada masa sama kesemua ahli jawatan kuasa pemuda menandatangani surat akuan sumpah di hadapan presiden.

"Ini membuktikan Pemuda PRS tetap terus berkhidmat dengan setia dengan mewujudkan persefahaman serta kesepakatan dikalangan pemuda," katanya kepada media.

Menurut Snowdan, Pemuda akan memberi perkhidmatan terbaik untuk parti dan menyumbang idea baru bagi melestarikan parti ke tahap yang membanggakan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA