Pemuda PRS Banyak Idea Untuk Diketengahkan - Masing


KUCHING: Pergerakan Pemuda mempunyai peranan yang besar dalam sesebuah parti politik termasuk Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta mempunyai banyak idea untuk diketengahkan bagi kebaikan parti dan rakyat Sarawak.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata, pemuda tidak perlu takut untuk bersuara jika sesuatu idea bernas perlu di bangkitkan untuk kebaikan bersama.

"Pemuda adalah pelapis kepimpinan baru di masa hadapan apabila kepimpinan sekarang bersara pada suatu hari nanti.

"Buatlah yang terbaik dan perlu diingat apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan parti dan rakyat secara keseluruhan," katanya kepada media di sini hari ini.

Masing berkata, Pemuda perlu bersikap toleransi memandangkan berbagai kaum dan agama dalam parti dan perlu memahami perbezaan yang terdapat dalam parti.

"Masa depan Pemuda yang dipimpin oleh Snowdan Lawan amat cerah jika persepakatan dan persefahaman diamalkan.

"Maka bekerjasamalah sebagai sebuah pasukan agar setiap perancangan atau tindakan akan dilaksanakan dengan jaya," ujarnya.

Masing menambah, jangan wujudkan puak dalam parti kerana dalam PRS cuma ada pasukan PRS dan apa yang penting ialah menyokong Barisan Nasional dan Ketua Menteri. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA