Pemilik Pasaraya Di Denda RM50,000



KOTA SAMARAHAN : Pemilik Pasaraya Sin Joon Maw yang dijatuhi hukuman denda sebanyak RM50,000 oleh Hakim Mahkamah Seksyen Samarahan pagi tadi.

Liew Thau Sen, 63, pemilik pasaraya berkenaan mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen Marutin Pagan selepas pertuduhan dibaca kepada beliau.

Liew didapati bersalah atas pertuduhan menjual barang kawalan berjadual dan memiliki 37 botol minyak masak botol lima kilogram jenama Reiser, 76 botol minyak masak botol lima kilogram jenama Twin Leaves dan 2,515 bungkus gula pasir pasar jenama Prai tanpa lesen.

Pada 7 November 2016, sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada jam 1.30 petang telah merampas barang terkawal berjadual tersebut di pasaraya milik Liew dan mendapati nilai rampasan tersebut berjumlah RM96,170.

Liew telah didakwa mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 2015).-Sarawakiana

1 comment:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA