Pembinaan Pan Borneo Berjalan Lancar

Foto Lebuhraya Borneo Utara

KUCHING: Perkembangan pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang menelan kos RM16 bilion, sepanjang 1,090 kilometer di Sarawak berjalan dengan lancar.

Fasa pertama menghubungkan laluan dari Sematan ke Miri sejauh 740km yang mula dilaksanakan awal tahun ini dijangka siap pada tahun 2023.

Manakala fasa kedua laluan dari Miri ke Lawas sejauh 96km dijangka bermula pada tahun 2018 dan siap pada tahun 2023.

Namun begitu, pembangunan projek di Sarawak dilaksanakan mengikut jadual dan jajaran Simpang Nyabau ke Bakun berjalan sedikit lewat daripada jadual sebab masalah tanah, lapor satu akhbar tempatan bulan lalu.

Bagaimanapun, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata, ianya tidak menjejaskan waktu untuk menyiapkan kerja sebagaimana yang ditetapkan dalam kontrak ditandatangani.

Selain itu, untuk jajaran dari Teluk Melano ke Sematan, projek juga sedang berjalan dimana ianya melibatkan kejauhan 40 kilometer.

Sementara itu, kerja permulaan sudah dimulakan untuk jajaran Serian ke Pantu dimana kerja-kerja akan dijalankan dalam dua bahagian iaitu bahagian Serian dan bahagian Pantu.

Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 2,325km adalah tulang belakang kepada perhubungan di Borneo, bermula dari Telok Melano di Sarawak hingga ke Tawau di Sabah. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA