Pembentukan Malaysia Satu Tindakan Bijak Pemimpin Terdahulu


Pada asasnya mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Sarawak perlu membentuk Malaysia bersama Tanah Melayu dan Sabah. Apatah lagi pelbagai provokasi yang mahukan Sarawak keluar dari Malaysia telah menjadi bahan untuk mengelirukan lagi minda rakyat Sarawak.

Hakikat sebenarnya, mengikut pakar sejarah terutama pakar sejarah dari Sarawak telah menyatakan sepatutnya rakyat berterima kasih kepada Tunku Abdul Rahman dan Tun Jugah yang telah bersepakat untuk menubuh Malaysia atas alasan-alasan tertentu yang perlu difahami.

Memang benar Tunku Abdul Rahman telah mengusul pembentukan tersebut kepada pemimpin Sarawak iaitu Tun Jugah pada awalnya tetapi ia bukan satu bentuk paksaan. Apa yang pasti perbincangan demi perbincangan telah di adakan sejak 1961 lagi serta menerangkan dari segi aspek kebaikan hasil daripada penubuhan tersebut.

Tun Jugah memang mempunyai pemikiran yang bijak serta pantas bertindak demi keselamatan rakyat Sarawak secara keseluruhan. Dengan kegilaan komunis yang begitu agresif untuk menawan Sarawak mendorong faktor penyebab Tun Jugah bersetuju untuk menubuh Malaysia.

Ancaman luar begitu hebat seperti konfrontasi daripada PARAKU, TKNI dan Komunis sehingga kedudukan rakyat Sarawak begitu terancam. Dengan bantuan Tunku Abdul Rahman yang menghantar tentera dan kelengkapan tentera ke Sarawak sedikit sebanyak mampu mengekang ancaman tersebut dan rakyat Sarawak berada dalam keadaan selamat.

Inilah faktor penyebab Tun Jugah dan Tunku Abdul Rahman mencadangkan satu negara bernama Malaysia dibentuk.

Malah hubungan Tanah Melayu dan Sarawak telah terjalin begiti erat sejak 1941 apabila Sarawak membantu menghantar pasukan tentera solid seperti 'Iban Treckers' yang begitu pakar mengesan musuh di Tanah Melayu ketika itu.

Dengan ini tiada sebab untuk mempertikaikan hubungan Sarawak dan Tanah Melayu kerana hubungan erat telah terbentuk pada tahun 1941 lagi. Ditambah dengan bantuan Tanah Melayu untuk mengekang pergerakan komunis dan ancaman luar pada era 60'an.

Apa yang sepatutnya berlaku hari ini ialah rakyat Sarawak seharusnya berterima kasih kepada kedua pemimpin ini yang telah berjaya mengekang pergerakan yang boleh menggugat keselamatan rakyat Sarawak ketika itu. Dengan terbentuknya Malaysia pada 1963, maka Sarawak berada dalam keadaan aman sehingga ke hari ini.-Sarawakiana

1 comment:

  1. 1. Malaysia adalah sebuah persekutuan bukan 1 negara.
    2. Kelengkapan tentera disediakan oleh british bukan Malaya.

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA