Pembangunan Luar Bandar Diberi Tumpuan Lebih - Adenan


KUCHING : Kerajaan negeri memastikan jurang pembangunan luar bandar dan bandar dirapat dan dilestarikan lagi, kerana pembangunan luar bandar berpotensi untuk menyumbang peningkatan ekonomi negeri.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan ketika berucap di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini menyatakan bahawa bajet pada tahun 2017 memberi penekenan lebih terhadap pembangunan seperti jalanraya, perparitan telekomunikasi, elektrik dan bekalan air bersih bagi memastikan kehidupan yang berkualiti dan pada masa menarik pelaburan yang lebih tinggi ke kawasan tersebut.

"RM5.928 bilion jumlah yang dicadangkan untuk perbelanjaan pembangunan pada 2017 untuk pelaksanaan pelbagai program utama.

"Program tersebut merangkumi jumlah RM429 juta yang melibatkan pembinaan jalanraya dan jambatan di Sarawak," katanya.

Menurut Adenan, RM387 juta melibatkan projek membaik pulih loji rawatan air dan saluran air di Bintulu, Dalat, Berawan, Sungai Asap dan Kuching.

"Perkukuhkan pembangunan pertanian dengan memperuntukkan sejumlah RM229 juta peruntukkan untuk penanaman pohon sagu, getah, padi kelapa, buah-buahan dan herba.

"Untuk pembangunan luar bandar pula diperuntukkan RM743 juta dimana RM500 juta adalah untuk pembangunan luar bandar dan RM243 juta melibatkan projek kecil luar bandar (MRP)," ujarnya.

Ketua Menteri menambah, RM67 juta untuk pembangunan industri, RM232 juta untuk pembinaan 2,396 buah rumah mampu milik dan rumah mesra rakyat serta menambah baik rumah kampung, RM95 juta untuk pembangunan pendidikkan vokasional dan RM42 juta untuk penambahbaikan sektor perkhidmatan awam.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA